Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Feri dari S'pura ke Batam terbakar: Penumpang, kru kapal selamat

May 6, 2023 | 5:30 AM
0b24c2d5-1219-48d5-a57a-74f5cfeba480
-

SEBUAH kebakaran dilaporkan berlaku di atas feri yang membawa penumpang dalam perjalanan dari Singapura ke Batam.

Feri penumpang QUEEN STAR 2 yang berdaftar di Singapura itu sedang membawa 62 penumpang dan enam anak kapal apabila kejadian berlaku.

Mujur, api tersebut dapat dipadamkan dan kesemua 62 penumpang dan enam anak kapal selamat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 5 Mei, Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) berkata ia telah dimaklumkan tentang kebakaran yang berlaku di bilik enjin feri tersebut pada 12.30 tengah hari Jumaat berdekatan Pulau Kusu.

MPA, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan Pengawal Pantai Polis (PCG) dengan serta-merta mengerahkan pegawai mereka untuk menyediakan bantuan.

Kesemua 62 penumpang yang terdiri daripada warga Singapura, Malaysia dan Indonesia antara lainnya, telah dipindahkan ke satu lagi kapal yang bernama MERBAU ERA.

Kapal itu berada dalam perjalanan ke Terminal Feri Harbourfront.

Ia kemudian menuju Batam dan telah pun selamat tiba di sana dengan 62 kesemua penumpang yang terjejas.

Menurut MPA, kebakaran yang berlaku di atas QUEEN STAR 2 itu berjaya dipadamkan enam anak kapal feri tersebut sebelum ketibaan SCDF.

Pegawai SCDF kemudian menaiki feri tersebut untuk memastikan api telah dipadamkan sepenuhnya.

Tiada sebarang laporan kecederaan atau pencemaran dilaporkan setakat ini, tambah MPA.

Penguasa itu juga telah mengerahkan pegawainya di Terminal Feri Harbourfront untuk membantu sebarang penumpang yang memerlukan sokongan ketika itu.

Ia juga telah mengeluarkan siaran navigasi kepada kapal yang lain untuk menjauhi tempat kejadian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg