SEDANG Singapura menuju ke arah keadaan normal dengan kebanyakan sekatan bagi mengawal penularan Covid-19 dilonggarkan atau ditiadakan, sudah tiba masanya untuk memikirkan semula tentang penjagaan kesihatan pascapandemik, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, dan Menteri Kedua kesihatan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Dalam ucapannya di upacara konvokesyen Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura (NUS) hari ini (17 Julai), beliau berkata negara ini mesti belajar pengajaran daripada tindak balas pandemiknya sambil kekal komited kepada visi memperjuangkan negara yang sihat, di mana warga dapat hidup dengan baik.
"Inilah sebabnya kami membuat dorongan nasional pada Healthier SG (atau SG Lebih Sihat) untuk membantu semua warga Singapura mengambil langkah ke arah kesihatan yang lebih baik, dan menempatkan penjagaan dan sokongan untuk warga Singapura dalam masyarakat mereka, dan berdekatan dengan rumah," kata Encik Masagos.
Majlis hari ini diadakan di Pusat Kebudayaan Universiti (UCC) dan menyaksikan penyampaian ijazah kepada 280 siswazah perubatan.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg