SEBUAH syarikat pemprosesan makanan didenda $4,000 pada Jumaat kerana menyimpan produk daging dan makanan laut di sebuah kemudahan penyimpanan beku tanpa lesen.

Agensi Makanan Singapura (SFA) telah merampas sekitar 3,200 kilogram produk termasuk daging kambing dan udang dari Alliance Divine Impex, katanya dalam satu kenyataan.

Produk tersebut ditemui di dalam sebuah unit yang digunakan sebagai penyimpanan sejuk yang tidak mempunyai lesen apabila pegawai SFA membuat pemeriksaan di premis syarikat itu di Admiralty pada Julai 2022.

Kemudahan penyimpanan beku bagi produk daging dan makanan laut hanya boleh dioperasi dengan lesen yang sah dan ia diperiksa secara kerap oleh SFA.

Agensi itu berkata, penyimpanan produk daging dan makanan laut secara haram di kemudahan tanpa lesen berupaya menjadi satu risiko keselamatan makanan.

Pesalah boleh didenda sehingga $10,000 dan dijel sehingga setahun.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti