Firma setempat tetap impian jadi peneraju industri tani berteknologi
Premium
Firma setempat tetap impian jadi peneraju industri tani berteknologi
Kawasan seluas 390 hektar sekitar Lim Chu Kang akan menjalani transformasi untuk menjadikannya hab bagi pertanian-makanan berteknologi tinggi. Ini ada sebahagian usaha negara untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran tempatan disebabkan ketidaktentuan bekalan global. BERITA HARIAN mendapatkan pandangan dua pengusaha ladang pertanian tentang peningkatan yang akan dilakukan mereka sejajar dengan matlamat '30 menjelang 30' negara.
Oct 12, 2020 | 5:30 AM
MASA DEPAN CERAH: Pengarah urusan syarikat Meod, Encik Ong Kai Hian, mengalu-alukan usaha pemerintah untuk mengembangkan lagi industri pertanian di Singapura menerusi matlamat '30 menjelang 30' negara. - Foto MEOD -
DENGAN visi untuk membekalkan hasil tanaman yang lebih sihat untuk rakyat Singapura, firma pertanian tempatan, Meod, mengambil pendekatan pembangunan pertanian yang lebih mapan.
Syarikat yang memasarkan sayur-sayuran tanamannya sebagai selamat dan 100 peratus bebas racun perosak itu menetapkan impian untuk menjadi peneraju industri pertanian teknologi, atau agritech, di sini.

