Syarikat pengendali korban setempat, A2A Global, menyediakan harga pakej korban yang lebih rendah bagi menggalakkan umat Islam menjalankan ibadah korban secara tahunan.
Dengan harga penyertaan bermula $95 bagi satu bahagian lembu (negara terpilih), A2A Global memenuhi visi syarikat iaitu “Kini, Semua Orang Boleh Berkorban”.
Pemilik A2A Global, Encik Adlee Nazree Suparman, menjelaskan bahawa syarikatnya menawarkan harga dimampui agar lebih ramai dapat menyertai ibadah korban, khususnya bagi golongan muda dan berpendapatan sederhana.
“Kami memastikan setiap acara korban dilaksanakan secara beretika. Haiwan dipilih terlebih dahulu bagi memastikan saiz yang betul, umur dan tanpa kecacatan.
“Syarikat kami juga berurusan secara terus dengan setiap pembekal korban di setiap negara yang melaksanakan korban tanpa perlu melalui pihak ketiga.
“Oleh itu, kami tidak menawarkan banyak tempat seperti beberapa vendor lain kerana kami mahu mengekalkan integriti dan mutu pengurusan,” ujar Encik Adlee.
Tambahnya, daya usaha tahunan yang sudah dijalankan sejak 2011 ini melibatkan pelbagai negara seperti Australia, Palestin, Afrika, Indonesia, Kemboja, Sri Lanka, Yaman dan India. Bagi korban di Australia, A2A Global akan menerbangkan daging tersebut ke Singapura dan menghantarkannya terus ke rumah sohibul korban.
Jika peserta memilih menghantar sebahagian atau semua bahagian daging ke Palestin, daging tersebut akan disatukan sebelum diterbangkan ke Jordan.
A2A Global juga melakukan pengetinan daging korban yang dihantar ke Gaza dengan kerjasama Pertubuhan Amal Hashemite Jordan (JHCO), seperti yang dilakukan pada 2024.
“Sejak empat tahun lalu, kami telah menghantar bahagian daging ke pelabuhan Ashdoud di Israel, terus ke Tebing Barat. Selain itu, kami juga berjaya mengagihkan daging kepada beberapa kem pelarian Palestin di Jordan bagi sesi korban pada 2024,” kata Encik Adlee.
Sehubungan itu, A2A Global turut membangunkan sistem tempahan dan pengurusan korban komprehensif. Pemberitahuan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) akan dihantar kepada pelanggan untuk memaklumkan status tempahan dan penghantaran mereka.
Dengan mendaftar masuk ke dalam sistem, sohibul korban dapat menyemak butiran dan status tempahan korban. Peserta juga dapat memuat turun sijil selepas penyempurnaan ibadah korban serta gambar atau video korban apabila tersedia.
A2A Global berbangga menjadi pembekal korban untuk masjid-masjid di Singapura, setelah dianugerahkan tender korban tahunan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), selain turut bekerjasama dan membekalkan daging korban kepada pelbagai badan Melayu/Islam (MMO) dan madrasah.
SEKILAS
1. Untuk melihat pakej korban yang disediakan, sila layari laman: https://globalkorban.com, dan https://ple.a2aglobal.sg
2. Kunjungi A2A Global Pte Ltd di Blok 3023 Ubi Road 3 Ubiplex 1 #06-08 Singapura 408663 (Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 6 petang).
3. E-mel kepada enquiry@globalkorban.com atau hubungi talian 6789-0029 / 6702-2805 / 8952-6451, 8202-0025 atau 8629-7008 untuk pertanyaan lanjut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg