Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Firma teknologi Sea derma $50j pada NUS bagi penyelidikan, pendidikan pengkomputeran

Mar 30, 2021 | 5:30 AM
SUMBANGAN KORPORAT TERBESAR: (Dari kiri) Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sea, Encik Forrest Li; Menteri Pendidikan Lawrence Wong; dan presiden NUS, Profesor Tan Eng Chye, dalam majlis menandatangani perjanjian derma oleh Sea kepada universiti itu semalam. - Foto BH oleh NG SOR LUAN
SUMBANGAN KORPORAT TERBESAR: (Dari kiri) Pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Sea, Encik Forrest Li; Menteri Pendidikan Lawrence Wong; dan presiden NUS, Profesor Tan Eng Chye, dalam majlis menandatangani perjanjian derma oleh Sea kepada universiti itu semalam. - Foto BH oleh NG SOR LUAN -

SYARIKAT teknologi yang dibangunkan di Singapura, Sea, yang memiliki platform dagang Shopee dan pembangun permainan Garena, telah menderma $50 juta kepada Universiti Nasional Singapura (NUS) bagi penyelidikan dan pendidikan dalam bidang pengkomputeran.

Ia hadiah korporat terbesar yang diterima NUS sejauh ini.

Dana itu akan disalurkan ke Sekolah Pengkomputeran, yang mempunyai sekitar 4,200 mahasiswa dan 1,020 pelajar Doktor Falsafah dan sarjana.

Presiden NUS Tan Eng Chye berkata di majlis penandatanganan derma itu semalam sumbangan tersebut akan menyokong kerja NUS dalam penyelidikan dan pendidikan dalam bidang kritikal dan pesat berkembang seperti kecerdasan buatan dan sains data.

Ia juga boleh digunakan bagi merekrut dan membangunkan bakal akademik dan penyelidikan menerusi biasiswa bagi mahasiswa dan pelajar possiswazah, zamil penyelidikan dan pembangunan profesional.

Inisiatif lain yang akan disokong hadiah itu geran bagi projek keusahawanan dan program bantuan, kata Profesor Tan.

Encik Forest Li, pengasas dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Sea, berkata sumbangan itu juga menandakan kerjasama jangka panjang lebih kukuh antara Sea dan NUS.

"Akademik dan industri adalah rakan kongsi kuat. Bersama-sama, kita dapat mengubah pengetahuan mendalam dan penyelidikan eksperimental menjadi huraian praktikal dan berskala yang dapat mempertingkat seluruh masyarakat. - Encik Forrest Li, pengasas yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sea.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg