Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja SMRT cedera semasa jalankan kerja penyenggaraan di stesen Joo Koon

Dec 12, 2018 | 4:05 PM
GANGGUAN KHIDMAT MRT: Khidmat kereta api antara stesen Gul Circle dengan Boon Lay bermula lewat sedikit selepas seorang pekerja cedera semasa menjalankan kerja penyenggaraan.
GANGGUAN KHIDMAT MRT: Khidmat kereta api antara stesen Gul Circle dengan Boon Lay bermula lewat sedikit selepas seorang pekerja cedera semasa menjalankan kerja penyenggaraan. - Foto LIANHE ZAOBAO

KHIDMAT kereta api antara stesen Gul Circle dengan Boon Lay di Laluan Timur-Barat (EWL) bermula lewat sedikit pagi tadi (12 Disember) dari kedua-dua arah selepas seorang pekerja SMRT cedera di kakinya semasa menjalankan kerja penyenggaraan.

Menerusi satu kenyataan, syarikat pengendali kereta api itu berkata pekerja tersebut cedera sekitar 4.10 pagi dekat stesen MRT Joo Koon dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dikerah membawanya ke hospital.

"Oleh kerana proses ini mengambil masa, khidmat kereta api antara stesen Gul Circle dengan Boon Lay bermula lebih lewat," kata SMRT.

Menurut SMRT, pasukan kejuruteraan dan operasi SMRT menjalankan pemeriksaan lanjut di landasan selepas pekerja itu dibawa ke hospital sebelum khidmat antara stesen terbabit bermula pada 6.20 pagi.

Dalam pada itu, pekerja berkenaan berada dalam keadaan stabil dan sedang mendapatkan rawatan di hospital, kata SMRT.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg