Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Flat di Tengah mungkin dilengkapi dengan sistem penyejukan dan sistem tenaga kawalan AI

Jul 10, 2018 | 4:10 PM
BANDAR BARU: Terdapat sebanyak 30,000 flat yang sedang dibangunkan di Tengah.
BANDAR BARU: Terdapat sebanyak 30,000 flat yang sedang dibangunkan di Tengah. - Foto HDB

BAKAL penduduk Tengah mungkin akan mempunyai pilihan menggunakan sistem penyejukan pusat bagi flat mereka pada masa akan datang, hasil satu kajian bersama yang dijalankan bersama Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) serta pengendali khidmat elektrik SP Group.

Penduduk boleh memilih untuk mendapatkan khidmat itu yang disifatkan sebagai lebih jimat tenaga berbanding sistem hawa dingin biasa, kata HDB.

Terdapat sebanyak 30,000 flat di Tengah.

SP Group dan HDB menandatangani memorandum persefahaman (MOU) di Puncak Bandar Sedunia (WCS) pagi tadi (10 Julai) bagi kajian yang akan berlangsung selama setahun mulai bulan ini.

Mereka juga akan mempertimbangkan sama ada Tengah boleh dibangunkan sebagai Bandar Tenaga Bijak pertama HDB dengan memanfaatkan Kecerdasan Buatan (AI) misalnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg