Topik diikuti
Pergi ke BHkuFlat di Toa Payoh terbakar, tiada cedera

Flat di Toa Payoh terbakar, tiada cedera
PENDUDUK di Toa Payoh dikejutkan apabila berlaku kebakaran di flat pagi tadi, menyusuli satu letupan.
Gambar yang dihantar oleh pembaca The Straits Times, Syed Hasanal menunjukkan asap hitam berkepul setinggi lima tingkat dari unit di tingkat 15 di Blok 45, Toa Payoh Lorong 5.
Editor video bebas itu berkata beliau berada di rumah berdekatan Blok 64 apabila terdengar letupan itu.
"Ia agak kuat dan tidak kedengaran seperti normal, bak satu letupan kuat," kata lelaki 24 tahun itu.
Apabila Straits Times tiba sekitar 10.35 pagi, tingkap unit itu terbakar dan hitam.
Tiada cedera dilaporkan,
Sekitar 70 penduduk dipindahkan pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan pegawai polis.