Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Flat jualan semula di Queenstown capai lebih $1j

Jun 20, 2018 | 1:54 PM
HARGA REKOD: Foto fail menunjukkan flat HDB di Queenstown. Sebuah flat di kawasan ini dijual pada harga $1.1 juta bulan ini, harga tertinggi bagi kawasan itu sejauh ini.
HARGA REKOD: Foto fail menunjukkan flat HDB di Queenstown. Sebuah flat di kawasan ini dijual pada harga $1.1 juta bulan ini, harga tertinggi bagi kawasan itu sejauh ini. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SEBUAH flat HDB lima bilik di Queenstown telah dijual pada harga $1.1 juta bulan ini, mencatat harga tertinggi dalam pasaran bagi kawasan tersebut.

Luas lantai unit jualan semula di tingkat 38 Blok 18C di Holland Drive itu adalah 1,259 kaki persegi.

Dibina di bawah Skim Pembangunan Semula Terpilih Bersama (Sers), unit itu mempunyai baki tempoh pajakan 93 tahun dan pemandangan yang tidak tidak terlindung.

Ejen penjual flat itu, Cik Joyyce Goh daripada ERA Realty, berkata:

"Flat jualan semula di kawasan Commonwealth dan Holland berkemungkinan tinggi mencapai harga yang tinggi kerana kawasan itu dekat dengan Orchard Road dan bandar."

Difahamkan, pembeli flat di Queenstown itu merupakan sebuah keluarga warga setempat yang sebelum ini tinggal di rumah privet, menurut akhbar The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg