Topik diikuti
Pergi ke BHkuFlat lama lebih besar, lebih banyak kemudahan
Flat lama lebih besar, lebih banyak kemudahan
Flat lama lebih besar, lebih banyak kemudahan
SUKA TINGGAL DI ESTET LAMA: Cik Lisa sedang bersiar-siar bersama tiga anaknya berdekatan kawasan rumah mereka di Lorong Limau. - Foto BM oleh IQBAL FAIZAL -
Oct 14, 2018 | 5:30 AM
Flat-flat di kawasan estet matang masih mendapat tempat di hati penduduk. Walaupun tinggal di flat lama, mereka memilihnya kerana beberapa faktor - lokasi, kos, saiz unit dan berdekatan dengan keluarga. BERITA MINGGU menemuramah tiga keluarga mengapa mereka memilih untuk menetap di estet matang.
WALAUPUN mereka berdua merupakan pasangan muda, namun Cik Lisa Hussin dan suaminya, Encik Mahadhir Hamsa, lebih menyukai tinggal di kawasan perumahan matang, berbanding di estet baru seperti di Sengkang, Punggol atau di Sembawang.