WALAUPUN terdapat syarat lebih ketat untuk menjual semula flat di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) pada masa akan datang, ini mungkin tidak akan menjejas harga flat jualan semula di kawasan projek flat PLH itu dalam masa terdekat ini, menurut pengamat hartanah.
Ini antara lain kerana pembeli dan penjual dalam pasaran flat jualan semula sekarang lebih prihatin tentang keadaan sekarang dan bukan tentang bekalan flat pada masa akan datang.
Selain itu, kuasa membeli dan keutamaan yang berbeza juga bermakna pemohon flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang gagal mendapatkan flat di bawah model PLH tidak semestinya akan beralih tumpuan kepada pasaran flat jualan semula.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PropNex Realty, Encik Ismail Gafoor, berkata beliau tidak menjangkakan projek PLH yang dilancarkan di Rochor, Kallang Whampoa, Bukit Merah dan Queenstown sejauh ini akan mempunyai kesan pada harga flat jualan semula di empat kawasan itu dalam jangka masa pendek hingga pertengahan.
"Ada dalam 15 tahun lagi - sebelum ia boleh dijual di pasaran terbuka.
"Harga flat jualan semula HDB akan terus ditetapkan oleh dinamik permintaan dan bekalan dalam pasaran serta keadaan ekonomi pada ketika itu," ujarnya.
LAPORAN SELANJUTNYA: Lokasi tentukan harga flat jualan semula: Pengamat


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg