SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Fokus penuhi keperluan warga emas

Fokus penuhi keperluan warga emas

Apr 23, 2021 | 5:30 AM

Fokus penuhi keperluan warga emas

SEMPIT: Ada kala masjid terpaksa menyediakan ruang solat di tingkat satu sahaja walau sempit. Dengan adanya kemudahan lif, ia dapat membantu jemaah khususnya warga emas. Foto dirakam sebelum Covid-19. - Foto MASJID DARUSSALAM
SEMPIT: Ada kala masjid terpaksa menyediakan ruang solat di tingkat satu sahaja walau sempit. Dengan adanya kemudahan lif, ia dapat membantu jemaah khususnya warga emas. Foto dirakam sebelum Covid-19. - Foto MASJID DARUSSALAM -

CLEMENTI adalah sebuah kawasan perumahan yang mempunyai ramai bilangan warga emas.

Bagaimanapun, keadaan masjid secara fizikal tidak dapat menampung untuk membantu keperluan warga emas yang hadir ke masjid.

Kebanyakan warga emas yang berkerusi roda pula sudah tidak mampu untuk bergerak naik ke tingkat dua dan perlu menuruni tangga, jika masuk dari pintu masuk belakang.

Prihatin dengan masalah tersebut, Masjid Darussalam berusaha mengukuhkan sistem sokongan sosial kepada warga emas dengan mewujudkan kemudahan untuk mereka.

Pengurus Masjid Darussalam, Ustaz Harunarrashid Zainudin, berkata:

"Dengan projek peningkatan masjid, kami jadikan ini sebagai antara matlamat utama demi membantu warga emas yang memerlukan kemudahan tertentu seperti penyediaan tandas yang mesra warga emas.

"Kami juga fokus kepada penyediaan lif dan kemudahan untuk jemaah berkerusi roda atau pengguna alat mobiliti peribadi (PMD) yang datang ke masjid bagi tujuan solat dan pembelajaran.

"Bukan hanya aspek fizikal masjid sahaja, kami turut mengatur dan merancang program mendekati warga emas dari segi ilmu, fizikal dan mental serta berkongsi ilmu untuk penjaga agar mereka dapat memahami warga emas dan membantu mereka membuat persiapan dengan sebaiknya."

Projek yang mula dibincangkan pada 2018 itu diberi nama Kasih Warga Emas.

Demi menjayakan dan mengisi projek itu, Dr Norisham Main dari Hospital Ng Teng Fong, seorang doktor pakar dalam bidang paliatif; dan Cik Masturah Bidin, seorang kaunselor keluarga, dilantik menjadi ahli jawatankuasa masjid.

Sebelum kemunculan Covid-19, masjid sangat aktif dengan pelbagai kegiatan senaman mingguan.

Sejak 2019 lagi, pelbagai ceramah dan wacana dianjurkan berkenaan isu-isu seperti demensia, pemindahan ginjal, faktor memahami emosi dan fizikal warga emas.

Sejajar dengan itu, ceramah mengenai ibadah seperti solat dan puasa bagi orang sakit dan majlis zikir juga dianjurkan.

Selain itu, masjid juga mengadakan pelbagai ceramah tentang pemilikan bersama, nominasi CPF dan persiapan dalam menghadapi kematian.

Disebabkan Masjid Darussalam berdekatan dengan Hospital Universiti Nasional (NUH), ada kalanya ia turut menerima permintaan daripada pesakit untuk memberikan nasihat dan kata-kata semangat serta doa selamat.

Masjid juga pernah menghantar tiga pegawai ke Kuala Lumpur untuk Seminar Khidmat Ziarah.

Melalui seminar itu, pegawai masjid dapat mempelajari penjagaan spiritual dan kejururawatan (nursing) yang dilaksanakan di sana.

"Projek Peningkatan Masjid dijangka bermula pada 2022 dan memerlukan perbelanjaan sejumlah $6.5 juta.

"Dalam bulan Ramadan ini, masjid berharap masyarakat membuat wakaf bagi membina lif dan memasang sistem audio visual," rayu Ustaz Harunarrashid.

CARA MENDERMA, SERTAI JUALAN AMAL

Anda boleh memilih menderma dengan:

- Waqaf50, Waqaf200, Waqaf500 - atau boleh berikan sumbangan seikhlasnya. - Masjid juga sedang menjual kupon ayam amal Arnolds, kurma amal dan juga barangan cenderamata seperti payung, botol, beg dan buku nota.

Derma boleh dilakukan dengan cara berikut:

- Secara tunai dan Nets di Pejabat Masjid - Cek kepada Lembaga Pentadbir Masjid Darussalam (Pos ke 3002 Commonwealth Ave West S129579 - Perbankan internet: OCBC: 591-0705-45001 - atau Paynow UEN S89MQ0032A

(Untuk perbankan internet atau PayNow, sila letak kod Waqaf50, Waqaf200, atau Waqaf500 di ruangan remarks)

- Hubungi kami 6777-0028 atau WhatsApp dan mesej ke 9069-8414. - Tekan butang 'like' dan ikuti kami di Facebook dan Instragram Masjid Darussalam.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg