Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Forum peranan ayah urus pendidikan anak

May 25, 2024 | 11:45 AM
Forum ‘Dads take on Education’ (Bapa Menangani Pendidikan)  bertujuan membantu para bapa menangani dengan lebih baik lagi perihal pendidikan anak.
Forum ‘Dads take on Education’ (Bapa Menangani Pendidikan)  bertujuan membantu para bapa menangani dengan lebih baik lagi perihal pendidikan anak. - Foto ihsan MOHAMMAD ZAHRIN ABDULLAH

Ramai bapa bimbang akan pendidikan anak mereka, tetapi adakah mereka tahu cara menguruskannya atau mengambil langkah yang sepatutnya?

Itulah yang bakal dikupas dalam sebuah sebuah forum dalam bahasa Inggeris – ‘Dads take on Education’ (Bapa Menangani Pendidikan) – yang akan berkongsi kepada para bapa cara mereka boleh menyokong pendidikan anak mereka.

Forum itu anjuran Bapa Sepanjang Hayat dengan sokongan Pasukan Bertindak Nakhoda, yang bertujuan membangun strategi untuk menggalak pelibatan bapa dalam keluarga.

Ia sebuah inisiatif di bawah M Kuasa Tiga (M³).

Seorang sukarelawan bahagian pendidikan Bapa Sepanjang Hayat, Encik Mohammad Zahrin Abdullah, berkata “ramai bapa bimbang akan pendidikan anak-anak mereka tetapi mereka tidak tahu bagaimana menguruskannya atau mengambil langkah seterusnya”.

“Apabila bercakap tentang pendidikan, fokusnya tentu pada ibu. Mereka yang akan menjaga perihal pendidikan anak-anak. Namun, kami mahu bantu bapa agar lebih terlibat dalam urusan pendidikan anak mereka,” ujar beliau.

Forum di Our Tampines Hub pada 26 Mei itu bertujuan membantu dan memberikan idea cara bapa boleh membimbing anak khususnya dalam pelajaran mereka.

Forum ini akan membincangkan empat topik utama: bapa yang ingin melanjutkan pengajian sewaktu anak masih bersekolah; anak yang bakal memasuki sekolah rendah; mengekalkan jangkaan anak; dan cara menangani anak yang berbeza di peringkat sekolah.

Panelis bagi forum itu ialah mantan menteri  bertanggungjawab bagi ehwal masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim; Pengarah pendidikan di Yayasan Mendaki, Encik Fairoz D’Cruz; mudir Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Encik Herman Cher Main; dan Pengerusi Ekskutif yang juga konsultan utama SuChi Success Initiatives Pte Ltd, Encik Mohamed Khair Mohamed Noor.

Mereka berpengalaman luas dalam sektor pendidikan dan keluarga. Moderatornya ialah Encik Mohammad Zahrin.

Forum dari 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari itu dibuka kepada semua, lelaki dan wanita, sudah mahupun belum berumah tangga.

Bapa Sepanjang Hayat membantu bapa tentang kebimbangan mereka dalam memainkan peranan sebagai ketua keluarga.

Ia platform bagi bapa bertemu dan bertukar-tukar pandangan serta idea mengenai anak, dan berkongsi kebimbangan dan kejayaan keluarga mereka.

Ini agar mereka dapat belajar dan memperbaiki diri sebagai bapa.

Butiran forum:

  1. Tarikh: Ahad, 26 Mei 2024
  2. Masa: 9.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
  3. Tempat: Our Tampines Hub, Function Room 2
  4. Untuk siapa: Lelaki dan wanita semua peringkat usia, bujang dan sudah berumah tangga
  5. Maklumat lanjut: Telefon 8874-7947
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg