Topik diikuti
Pergi ke BHkuGading, taring dan tanduk bernilai $8j dirampas
May 20, 2015 | 5:30 AM
Gading, taring dan tanduk bernilai $8j dirampas
PIHAK berkuasa telah merampas satu kiriman terlarang gading, tanduk badak sumbu dan taring binatang daripada keluarga kucing besar Afrika yang dianggarkan bernilai $8 juta.
Kiriman itu yang termasuk kira-kira 3.7 tan gading terlarang ialah rampasan gading terlarang kedua terbesar sejak 2002, menurut Penguasa Pertanian-Makanan dan Ternakan (AVA) dan Kastam Singapura dalam satu siaran media bersama semalam.