Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gadis 17 tahun diberkas kerana lempar cat, conteng dinding

Apr 21, 2020 | 11:50 AM
HADAPI PENGADILAN: Menurut polis, pihaknya menerima maklumat sekitar 5 petang pada 15 April lalu, tentang gangguan yang dilakukan pemiutang haram yang melempar cat ke sebuah pintu rumah dan menconteng dinding berdekatannya  di Anchorvale Link. Polis memberkas seorang gadis berusia 17 tahun semalam.
HADAPI PENGADILAN: Menurut polis, pihaknya menerima maklumat sekitar 5 petang pada 15 April lalu, tentang gangguan yang dilakukan pemiutang haram yang melempar cat ke sebuah pintu rumah dan menconteng dinding berdekatannya  di Anchorvale Link. Polis memberkas seorang gadis berusia 17 tahun semalam. - Fail

SEORANG gadis berusia 17 tahun telah dihadapkan ke mahkamah hari ini kerana terlibat dalam kes gangguan ke atas orang awam disebabkan pemiutang haram.

Dalam kenyataannya hari ini, polis menyatakan ia telah memberkas gadis tersebut semalam, susulan siasatan yang dilakukannya.

Menurut polis, pihaknya menerima maklumat sekitar 5 petang pada 15 April lalu, tentang gangguan yang dilakukan pemiutang haram yang melempar cat ke sebuah pintu rumah dan menconteng dinding berdekatannya di Anchorvale Link.

Hasil siastan dan bantuan gambar dari kamera polis, anggota polis dari Divisyen Polis Ang Mo Kio dapat mengenalpasti gadis itu.

Gadis itu hadapi tuduhan di bawah Akta Peminjam Wang.

Jika disabit kesalahan sebagai pesalah pertama, dia boleh dikenakan denda tidak kurang $5,000 dan tidak melebihi $50,000 dan wajib dipenjara sehingga 5 tahun, dan dirotan sehingga enam kali.

Memandangkan pesalah wanita tidak dirotan, hukuman ini akan digantikan menurut pertimbangan mahkamah.

Polis tidak bertolak ansur dalam menangani gangguan disebabkan kegiatan pinjaman wang tanpa lesen.

"Mereka yang secara sengaja merosakkan harta benda dan menimbulkan rasa benci dan mengganggu keselamatan dan keamanan, akan diberkas dan ditangani dengan tegas mengikut lunas undang-undang," kata polis dalam kenyataannya.

Orang ramai dinasihatkan untuk menjauhi pemiutang haram dan tidak bekerja atau membantu mereka dalam apa jua cara.

Orang ramai boleh menghubungi polis di talian 999 atau talian hotline X-Ah Long di 1800-924-5664 jika mengesyaki atau tahu sesiapa yang terlibat dalam kes pemiutang haram.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg