Gagal isytihar barang dagang di Koswe Johor, warga S'pura kena kompaun
Premium
Gagal isytihar barang dagang di Koswe Johor, warga S'pura kena kompaun
May 28, 2019 | 5:30 AM
SALAH FAHAM: (Gambar kiri) Kiriman media sosial Cik Ayda Suet yang ditularkan di laman Facebook memberi gambaran seolah-olah Kastam Johor mengenakan cukai ke atas barangan yang dibawa pemandu dan penumpang kereta ketika melintasi Koswe Johor sedangkan resit rasmi (gambar kanan) menunjukkan kompaun dikenakan ke atas beliau kerana gagal mengisytiharkan barang dagangan - lima kotak kertas dinding yang dibawanya. Jabatan Kastam Diraja Malaysia menyatakan Cik Ayda dikenakan kompaun RM50 ($16.50). - Foto FACEBOOK AYDA SUET dan SAINI SALLEH -
DENDA kompaun terhadap dua warga Singapura yang ditularkan di laman sosial adalah kerana mereka telah melakukan kesalahan membawa barang dagangan tanpa mengisytiharkannya ketika keluar menerusi Koswe Johor ke Singapura baru-baru ini.
Menjelaskan demikian, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berkata kiriman media sosial yang ditularkan oleh Cik Ayda Suet, salah seorang daripada yang dikenakan kompaun itu, menunjukan beliau salah faham mengenai cukai yang perlu dibayar dan kompaun yang dikenakan serta beliau telah membuat tohmahan terhadap pegawai kastam yang bertugas.

