Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gagal sampai ke puncak namun tetap bersemangat

Dec 15, 2019 | 4:42 PM
TETAP BERSEMANGAT: Meskipun usaha mereka mendaki hingga ke puncak Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal terhambat dek salji tebal, lebih 50 peserta Climbathon Dana Amanah Pendidikan (ETF) Yayasan Mendaki ini tetap bersemangat.
TETAP BERSEMANGAT: Meskipun usaha mereka mendaki hingga ke puncak Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal terhambat dek salji tebal, lebih 50 peserta Climbathon Dana Amanah Pendidikan (ETF) Yayasan Mendaki ini tetap bersemangat. - Foto FACEBOOK/MENDAKI

USAHA peserta Climbathon Dana Amanah Pendidikan (ETF) mendaki ke puncak Kem Pangkalan Annapurna (ABC) di Nepal terhambat dek salji yang turun dengan banyak.

Menurut laman Facebook Yayasan Mendaki, delegasi yang merangkumi lebih 50 peserta itu menuju ke Chhomrong hari ini (15 Disember), di mana suhunya lebih tinggi.

Mereka turut mendapat surat daripada keluarga mereka yang diisi dengan pelbagai kata semangat.

Menurut Mendaki, ABC ditutup kepada semua pendaki disebabkan salji tebal yang tiba lebih awal dari yang dijangka.

Oleh itu, mereka terpaksa patah balik.

Namun menurut Mendaki, kesemua peserta selamat dan akan kembali ke Kathmandu.

"Mereka tidak berjaya mendaki ke punca tetapi usaha mereka amat mengagumkan, mendaki sehingga 3,200 meter," ujar Mendaki.

Climbathon merupakan antara usaha mengumpul dana bagi ETF yang bertujuan meningkatkan pendidikan lebih 10,000 pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Orang ramai boleh terus menyokong usaha ini menerusi laman web www.giving.sg/yayasan-mendaki/climbathon19.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg