Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Gaji lebih tinggi bagi guru pendidikan khas

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji lebih tinggi bagi guru pendidikan khas

Mar 04, 2024 | 06:07 PM



Guru di Sekolah Pendidikan Khas (Sped) akan menerima gaji lebih tinggi dalam beberapa tahun akan datang, sebagai sebahagian langkah yang lebih meluas untuk meningkatkan mutu pendidikan dalam sektor itu dan mengukuhkan sokongan kepada pelajar berkeperluan khas.

Antara 2024 dengan 2026, guru bilik darjah Sped terlatih sedia ada boleh menjangkakan kenaikan gaji sehingga 12 peratus.

Gaji bagi pembantu guru (TA) Sped pula boleh meningkat sebanyak 15 peratus mulai 2024.

Bermula 2024 juga, gaji permulaan bagi guru bilik darjah Sped akan dinaikkan sehingga 15 peratus, dan sebanyak 17 peratus bagi TA.

Ini bererti guru bilik darjah Sped boleh menerima gaji permulaan sehingga $3,600 sebulan sebelum mereka melalui latihan Diploma dalam Pendidikan Khas, sementara TA boleh menerima gaji permulaan sehingga $2,100 sebulan.

Menjelang 2026, guru bilik darjah Sped boleh menjangkakan gaji bulanan sebanyak antara $3,000 dengan lebih $7,000; dan TA Sped pula boleh menjangkakan gaji bulanan antara $2,000 dengan lebih $4,000.

Syarat pendidikan minimum bagi guru Sped ialah GCE Peringkat ‘A’ atau diploma.

Mereka yang tidak mempunyai latihan pendidikan khas mesti terlebih dahulu mempunyai pengalaman mengajar di sekolah Sped, kemudian mengikuti program diploma dalam pendidikan khas, yang dibiayai sepenuhnya oleh pemerintah.

Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pendidikan (MOE) pada 4 Mac berkata:

“Peningkatan gaji ini berbeza-beza bergantung pada gaji sedia ada individu, pengalaman, kecekapan, peranan kerja dan prestasi kerja mereka.

“Pembiayaan akan diberikan kepada SSA (Agensi Perkhidmatan Sosial) untuk melaksanakannya secara progresif.”

Dalam ucapannya, beliau menyentuh pengukuhan sokongan bagi pelajar dengan keperluan pendidikan khas.

“Pemerintah telah bekerjasama rapat dengan masyarakat untuk meningkatkan pembiayaan bagi sekolah Sped selama ini, dan membelanjakan lebih banyak untuk pendidikan setiap kanak-kanak di sekolah Sped berbanding sekolah aliran utama,” katanya.

Pun begitu, pemerintah akan melakukan lebih banyak lagi. Ini termasuk mengurangkan yuran sekolah Sped sehingga 60 peratus bagi pelajar Sped warga Singapura menjelang pertengahan 2025.

Dengan perubahan itu, yuran bulanan maksimum bagi warga Singapura di sekolah Sped akan dikurangkan daripada $150 kepada $90.

Lebih 3,500 pelajar dan keluarga mereka dijangka meraih manfaat daripada perubahan itu.

Pengurangan yuran sekolah itu akan melibatkan sembilan sekolah Sped termasuk Awwa School @ Napiri, Eden School, Eden School (Campus 2), Pathlight School, Rainbow Centre di Margaret Drive, Yishun Park dan Admiral Hill, St. Andrew’s Autism School dan St. Andrew’s Mission School.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >