Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Gaji lebih tinggi bagi siswazah baru pada 2023: Tinjauan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gaji lebih tinggi bagi siswazah baru pada 2023: Tinjauan

Gaji kasar median naik kepada $4,313 berbanding $4,200 pada 2022
Feb 22, 2024 | 07:25 PM



Siswazah yang baru menamatkan pengajian di universiti menikmati gaji lebih tinggi pada 2023 berbanding tiga tahun sebelumnya, walaupun semakin sedikit daripada mereka berupaya mendapatkan pekerjaan sepenuh masa, sambilan atau bekerja secara bebas dalam suasana pertumbuhan ekonomi yang lebih perlahan.

Tinjauan pekerjaan siswazah terbaru, yang dikeluarkan pada 22 Februari, menunjukkan gaji kasar median siswazah baru meningkat kepada $4,313 daripada $4,200 pada 2022.

Namun, hanya 84.1 peratus siswazah baru dalam tenaga buruh memperoleh pekerjaan tetap sepenuh masa, berbanding 87.5 peratus pada 2022.

Tinjauan juga mendapati semakin sedikit daripada mereka yang bekerja sambilan atau sementara (4 peratus; turun daripada 4.5 peratus pada 2022) dan semakin sedikit bekerja secara bebas (1.5 peratus; turun daripada 1.8 peratus pada 2022).

Secara keseluruhan, daripada 10,900 siswazah dalam tenaga buruh yang ditinjau, 89.6 peratus mendapat pekerjaan tetap, bebas atau sambilan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian, turun daripada 93.8 peratus pada 2022.

Angka itu hampir sama dengan tahun sebelum pandemik Covid-19.

Sebelum pandemik, dari 2017 hingga 2019, secara purata, 89.9 peratus daripada mereka dalam tenaga buruh telah bekerja, dengan 80.4 peratus bekerja tetap sepenuh masa.

Siswazah dalam tenaga buruh merujuk kepada mereka yang bekerja, atau menganggur tetapi sedang aktif mencari pekerjaan, The Straits Times (ST) melaporkan.


Sains kesihatan (95.9 peratus), maklumat dan teknologi digital (88.7 peratus), serta perniagaan (88.3 peratus) adalah tiga kluster kursus yang mencatatkan kadar pekerjaan tetap sepenuh masa tertinggi dalam kalangan siswazah pada 2023. 

Kesemua angka ini mewakili peratusan siswazah dari sektor-sektor ini yang berjaya mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

Siswazah dari kursus teknologi maklumat dan digital terus membawa pulang gaji bulanan tertinggi pada $5,500, walaupun ia turun sedikit berbanding $5,625 pada 2022.

Siswazah dari bidang kejuruteraan juga mengalami penurunan gaji bulanan kasar median kepada $4,500, berbanding $4,600 pada 2022.

Semua kluster kursus lain mencatatkan peningkatan dalam gaji bulanan kasar median untuk siswazah mereka.

Kira-kira 12,300 siswazah baru daripada program sepenuh masa di Universiti Nasional Singapura (NUS), Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Universiti Pengurusan Singapura (SMU) dan Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) menyertai tinjauan 2023 itu, mewakili kadar respons sebanyak 74 peratus.

Mereka telah ditinjau oleh empat universiti, mengenai status pekerjaan mereka pada 1 November 2023, kira-kira enam bulan selepas tamat peperiksaan akhir mereka.

Oleh kerana kalendar akademik mereka yang berbeza, tinjauan bagi Institut Teknologi Singapura (SIT) dan Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) akan dijalankan kemudian. 

Tinjauan SUTD bakal dijalankan pada November 2024 dan dapatannya akan dilaporkan bersama hasil tinjauan pekerjaan siswazah pada 2025, manakala tinjauan SIT akan dijalankan pada Mac 2024 dan hasilnya akan dikeluarkan kemudian.

Pada 2023, ekonomi Singapura berkembang 1.1 peratus, lebih perlahan daripada pengembangan 3.8 peratus pada 2022, kata Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) pada 15 Februari. Angka itu berada di bawah anggaran rasmi 1.2 peratus yang dibuat pada Januari 2024.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >