Topic followed successfully
Go to BHkuGaji minimum Pas Pekerjaan, Pas S dinaikkan
Gaji minimum Pas Pekerjaan, Pas S dinaikkan
Gaji minimum Pas Pekerjaan, Pas S dinaikkan
MULAI 1 September ini, gaji kelayakan minimum bagi pemegang Pas Pekerjaan (EP) akan dinaikkan kepada $4,500, daripada $3,900 untuk semua pemohon baru, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM).
Kriteria baru bagi karyawan, pengurus dan eksekutif asing itu akan berkuat kuasa pada Mei tahun depan bagi pemohon yang memperbaharui kontrak mereka.
Ia juga akan dilaksanakan bagi sektor perkhidmatan kewangan tetapi mulai 1 Disember ini, tuntutan gaji bagi sektor itu akan dinaikkan kepada $5,000.
Ini adalah kali pertama MOM menetapkan gaji kelayakan lebih tinggi bagi sektor tertentu.
Bagi pemegang Pas S untuk pekerja asing berkemahiran pertengahan, gaji kelayakan minimum dinaikkan kepada $2,500 daripada $2,400, bermula 1 Oktober ini manakala bagi permohonan diperbaharui, ia bermula Mei tahun depan.

