Gaji naik merentasi semua peringkat pendapatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gaji naik merentasi semua peringkat pendapatan

Feb 9, 2026 | 3:01 PM

Gaji naik merentasi semua peringkat pendapatan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Singapore, gaji, pendapatan, salary, earnings, KHIT, Department of Statistics
Gaji sebenar telah meningkat merentasi semua peringkat pendapatan, dengan gaji golongan bergaji rendah menunjukkan peningkatan paling banyak. - Foto ST

Gaji sebenar di Singapura telah meningkat merentasi semua peringkat pendapatan, dengan golongan bergaji rendah menunjukkan kadar kenaikan gaji tertinggi.

Demikian menurut Trend Pendapatan Isi Rumah Utama (KHIT) 2025 yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Singapura (DOS) pada 9 Februari.

Pada 2025, pendapatan purata pasaran isi rumah bulanan bagi setiap anggota isi rumah meningkat merentasi semua peringkat pendapatan sebanyak 3 peratus kepada 12.8 peratus dalam nilai sebenar, dengan isi rumah yang berpendapatan rendah menunjukkan pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi.

Antara 2020 dengan 2025, pendapatan purata pasaran isi rumah bulanan bagi setiap anggota isi rumah meningkat merentasi semua peringkat pendapatan sebanyak 1.4 peratus dengan 10.5 peratus setahun dalam nilai sebenar, dengan pertumbuhan pendapatan yang lebih tinggi dalam kalangan isi rumah berpendapatan rendah.

Menurut dapatan itu, kadar pertumbuhan gaji adalah paling besar bagi pekerja berpendapatan rendah, lebih cepat berbanding mereka yang bergaji pertengahan atau tinggi.

Akibatnya, jurang pendapatan, yang diukur oleh pekali Gini, telah menurun. Ini bermakna terdapat kesaksamaan yang lebih besar dalam kalangan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg