Topic followed successfully
Go to BHkuGaji pendidik prasekolah bakal naik antara 10 hingga 30 peratus dalam satu semakan keadaan kerja
Gaji pendidik prasekolah bakal naik antara 10 hingga 30 peratus dalam satu semakan keadaan kerja
Gaji pendidik prasekolah bakal naik antara 10 hingga 30 peratus dalam satu semakan keadaan kerja
GURU pendidikan awal kanak-kanak di prasekolah yang disokong pemerintah akan menerima kenaikan gaji antara 10 hingga 30 peratus dalam masa dua tahun mendatang di samping usaha menyemak cara memperbaiki keadaan pekerjaan mereka.
Ini bermakna gaji bulanan mereka akan dipertingkatkan antara $2,900 hingga $6,600, bergantung pada pengalaman, kemahiran dan kelakonan kerja mereka.
Gaji permulaan bagi lulusan yang menyertai lima operator utama akan dinaikkan dari $2,600 kepada sekurang-kurangnya $2,800 mulai tahun depan, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, pada Sabtu (29 Oktober).
Berucap di acara 'Early Childhood Celebrations' (Meraikan Pendidikan Awal Kanak-Kanak) di Pusat Persidangan dan Pameran Suntec Singapore pada Sabtu, Encik Masagos berkata:
"Ini adalah langkah penting untuk membolehkan pihak prasekolah lebih dapat menarik dan mengekalkan bakat bagi menyokong pertumbuhan berterusan sektor ini dalam tahun-tahun mendatang."
Lima operator utama diletakkan di bawah satu skim pembiayaan yang membantu mereka memperbaiki akses bagi jagaan awal kanak-kanak dan pendidikan bermutu baik dan dimampui, khususnya bagi kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah serta latar belakang kurang bernasib baik.
Mereka terdiri daripada PCF Sparkletots, My First Skool, M.Y. World, Skool4Kidz dan E-Bridge Pre-School.
Encik Masagos berkata terdapat 23,000 pendidik prasekolah di Singapura tetapi sektor ini masih memerlukan lagi 3,500 pendidik prasekolah menjelang 2025.

