Galakan cinta ilmu, jangkaan tinggi ibu bapa dorong jaya
Premium
Galakan cinta ilmu, jangkaan tinggi ibu bapa dorong jaya
Encik Mohammed Noor Haqeem Zulkiflee dan Encik Hud Syafiq Herman berkongsi satu persamaan - keluarga menjadi pendorong mereka berazam kuat dalam pelajaran dan berbakti kepada masyarakat melalui kerjaya dalam perkhidmatan awam. Mereka antara 75 penerima biasiswa berprestij Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini. NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) menyelongkar kisah di balik kejayaan mereka.
Jul 26, 2015 | 5:30 AM
HARAPAN KELUARGA: Encik Syafiq (tengah) bersama ibu bapanya Cik Hartati, seorang naib pengetua, dan Encik Herman, seorang pengetua. - Foto-foto M.O. SALLEH -
ANTARA kenangan paling manis Encik Hud Syafiq Herman semasa kecil ialah kunjungan ke kedai buku Borders di Orchard Road bersama keluarganya setiap Sabtu.
Anak sulung daripada empat adik-beradik itu gemar membelek-belek dan membaca terutama sekali buku sains.

