Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gan Kim Yong dilantik DPM, Rahayu Mahzam naik pangkat Menteri Negara

DPM Wong umum Kabinet baru jelang upacara angkat sumpah Perdana Menteri pada 15 Mei
May 13, 2024 | 6:00 PM
Encik Gan Kim Yong dan Cik Rahayu Mahzam masing-masing akan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Perdana Menteri dan  Menteri Negara.
Encik Gan Kim Yong dan Cik Rahayu Mahzam masing-masing akan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Negara. - Foto fail

Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, telah mendedahkan barisan menteri yang bakal membentuk Kabinet barunya.

Dalam sidang media pada 13 Mei yang diadakan di Istana, Encik Wong mengumumkan bahawa Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, akan dinaikkan pangkat kepada Timbalan Perdana Menteri.

Encik Gan yang akan mengekalkan jawatannya sekarang, juga akan menjadi Pemangku Perdana Menteri dalam ketiadaan PM.

Turut dinaikkan pangkat ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam yang akan menjadi Menteri Negara. Beliau juga akan menggalas tanggungjawab baru dalam Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Cik Rahayu akan terus berkhidmat dalam Kementerian Kesihatan (MOH) tetapi akan melepaskan jawatannya dalam Kementerian Undang-Undang (MinLaw).

Cik Low Yen Ling pun akan dinaikkan pangkat kepada Menteri Negara Kanan, begitu juga Encik Desmond Tan.

Sementara itu, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, sebagaimana yang telah diumumkan, akan dilantik sebagai Menteri Kanan berikutan peletakan jawatannya sebagai PM pada 15 Mei nanti.

Encik Murali Pillai akan dilantik Menteri Negara dalam MinLaw dan Kementerian Pengangkutan (MOT).

Encik Shawn Huang akan dilantik sebagai Setiausaha Parlimen Kanan dalam Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Kewangan (MOF).

Kesemua pelantikan tersebut, kecuali yang melibatkan Encik Murali, akan dilakukan pada 15 Mei 2024 dan pemegang jawatan masing-masing akan mengangkat sumpah pada hari yang sama. Beliau akan dilantik dan mengangkat sumpah pada 1 Julai 2024. Para Setiausaha Parlimen Kanan akan dilantik pada 15 Mei tetapi hanya akan mengangkat sumpah pada 24 Mei 2024.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg