Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ganding bahu Raikan Ilmu...

Nov 4, 2021 | 5:30 AM
HASILKAN LAGU BERSAMA: Cik Hartinah dan Papa Rok Ramli Sarip sebelum ini berganding bahu untuk menghasilkan lagu tema kempen Raikan Ilmu bertajuk 'Sama Raikan'. - Foto ihsan HARTINAH AHMAD
HASILKAN LAGU BERSAMA: Cik Hartinah dan Papa Rok Ramli Sarip sebelum ini berganding bahu untuk menghasilkan lagu tema kempen Raikan Ilmu bertajuk 'Sama Raikan'. - Foto ihsan HARTINAH AHMAD -

SEBELUM ini, Cik Hartinah Ahmad pernah menulis lirik bagi lagu Srikandi Zaman nyanyian Papa Rok Ramli Sarip.

Tahun lalu, dua bakat Singapura itu kembali berganding bahu untuk menghasilkan lagu tema kempen Raikan Ilmu - Sama Raikan.

Seperti lagu Srikandi Zaman yang mempunyai alunan tersendiri, lagu Sama Raikan itu juga mempunyai daya tarikannya yang mengajak pendengar melihat tahap pencapaian masyarakat Melayu/Islam dan memanfaatkan kekuatan sesama sendiri.

Kekuatan liriknya dan lagu yang dinyanyikan Papa Rok itu telah mendapat lebih 105,000 tontonan dan dikongsi lebih 1,600 kali di laman Yayasan Mendaki.

Sebagai seorang penulis yang sudah berkarya sejak 1971, pencapaian Cik Hartinah sememangnya luas. Beliau pernah dinobatkan sebagai pemenang tempat pertama Anugerah Pena Emas (GPA) 2019 dalam genre puisi Melayu.

Anugerah Pena Emas adalah sayembara menulis cerpen dan sajak yang ulung di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg