SEORANG lelaki yang menghidap gangguan delusi diberikan pelepasan tanpa membebaskan seseorang tertuduh setelah menerima amaran keras kerana mengganggu Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Chai Fui Chet, yang didakwa pada November 2022, dibebaskan pada 3 Februari.
Ini bermakna lelaki berusia 44 tahun itu tidak boleh didakwa lagi dengan kesalahan sama.
Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata permohonan bagi pembebasan dilakukan setelah satu semakan bukti menyusuli selesainya siasatan, termasuk hakikat bahawa dia mengalami gangguan delusi.
"Masa yang telah dihabiskan Encik Chai dalam tahanan, iaitu lebih dua bulan, juga diambil kira," tambah AGC.
Chai, yang merupakan warga Malaysia, dituduh menghubungi Encik Lee menerusi Facebook Messenger pada 7 November 2022, mengancam untuk membakar firma teknologi Seagate Singapore.
Dia kemudian ditahan di Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi pemeriksaan, lapor akhbar The Straits Times.
Bagi gangguan, pesalah boleh dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga $5,000.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg