Premium
Garap kemahiran bercakap dengan yakin, berkesan
Jul 2, 2018 | 5:30 AM
PERTINGKATKAN DIRI: (Dari kiri) Cik Wiwiek Najihah Bte Hairudin, 31 tahun, Encik Mohamad Hijazi Sudarmaji, 38 tahun dan Cik Nurul Nadiah, 31 tahun mahu lebih ramai masyarakat Melayu mempunyai kemahiran pidato yang berupaya meningkatkan keyakinan diri. - Foto BH oleh BENJAMIN SEETOR -
Dengan dunia penuh persaingan dan keperluan pelbagai kemahiran, baik individu mahupun syarikat terus melakukan pelbagai cara peningkatan. Daripada usaha meningkat daya persembahan diri kepada usaha mengubah syarikat, BERITA MINGGU mengetengahkan beberapa contoh peningkatan tersebut.
SETIAP kali Cik Nurul Nadiah Mohd Hashim harus bercakap di khalayak ramai, lidahnya kelu tidak terkata, manakala tubuhnya berpeluh-peluh dan fikirannya menjadi kosong.

