Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gardens By The Bay lancar buku sempena ulang tahun ke-10

Dec 9, 2022 | 5:30 AM
- Foto GARDENS BY THE BAY
- Foto GARDENS BY THE BAY -

RAI ULANG TAHUN KE-10: Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua (Kewangan dan Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah dan Pengurusi Gardens By The Bay, Encik Bay Niam Chiang Meng, melancarkan buku sempena ulang tahun ke-10 Gardens By The Bay bertajuk Blossoming City Garden.

Selain mendokumentasikan kisah Gardens By The Bay selama sedekad - asalnya, perkembangannya, cabaran yang dihadapi semasa pandemik dan rancangan kemampanan masa depan - buku setebal 192 halaman itu juga mengandungi kisah-kisah yang menggembirakan dan menyentuh hati daripada masyarakat. Contohnya, beberapa kisah lamaran dan kenangan terindah lawatan bersama arwah ibu bapa. Sebilangan kisah-kisah buku tersebut datang daripada sumbangan orang ramai awal tahun ini, termasuk lebih 1,000 sumbangan seperti gambar, lukisan dan puisi. Lebih banyak sumbangan dikumpulkan dalam talian e-buku, 10 Years of Growing Wonders, yang tersedia untuk dibaca di laman web Gardens By The Bay. Sumbangan tersebut juga akan dipamerkan di Gardens By The Bay sehingga 15 Januari tahun depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg