“

PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) dan SBS Transit sedang mengkaji garis masa bagi projek pembaharuan untuk memperbaiki kebolehpercayaan sistem LRT Sengkang-Punggol (SPLRT).

“

Menurut laporan The Straits Times, LTA berkata ini kerana pembangunan projek itu yang bermula pada Disember 2017 dan dijangka siap jelang 2022 telah terjejas oleh pandemik Covid-19.

“

Pandemik tersebut juga telah menunda projek kereta api utama lain seperti Laluan Thomson-East Coast, Cross Island dan Jurong Region sehingga setahun.

“

Antara pembaharuan yang akan dilakukan termasuk menggantikan rel elektrik dan perhimpunan rel elektrik SPLRT, sementara kerja-kerja penyelenggaraan juga dilakukan pada mesin dan kabel suis isyarat.

“

Kerja-kerja penggantian itu adalah sebahagian daripada penyelenggaraan pencegahan yang sepatutnya selesai tahun lalu, dan termasuk penguatan struktur "crosshead" yang menyokong jejambat SPLRT.

“

Ini setelah LTA menemui keretakan pada "crosshead" tersebut semasa pemeriksaan berkala pada 2017.

“

Keretakan itu sudah diperbaiki pada awal 2018.

“

Sementara itu, LTA berkata ia akan memperluas depot SPLRT sedia ada daripada 3.5 hektar kepada 11.1 hektar.

“

Kerja perluasan tersebut akan bermula hujung tahun ini dan dijangka siap jelang 2027.