Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Gelanggang bola sepak baru di Ang Mo Kio di bawah program EA Sports, La Liga

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelanggang bola sepak baru di Ang Mo Kio di bawah program EA Sports, La Liga

Mar 10, 2024 | 04:20 PM



Dalam usaha memupuk kecemerlangan bola sepak di Singapura, EA Sports melancarkan program FC Futures dengan kerjasama rakan kongsi La Liga dan bekas pemain bola sepak Sepanyol terkenal, Gaizka Mendieta pada 9 Mac.


Acara itu dihadiri oleh kanak-kanak setempat dan dari sekolah-sekolah di kawasan Ang Mo Kio. 

Mereka berpeluang mengambil bahagian dalam satu sesi latihan bersama Mendieta, bekas pemain bola sepak Valencia CF dan FC Barcelona. 

Gelanggang bola sepak yang telah diubah suai di Ang Mo Kio turut dilancarkan pada 9 Mac.

Dalam satu kenyataan bersama, ia menyatakan bahawa padang itu diubah suai dengan sokongan kreatif Tobyato, seorang pelukis ilustrasi, pereka grafik, dan seniman jalanan. 

Reka bentuk Tobyato untuk gelanggang itu diilhamkan oleh seekor naga yang melambangkan Tahun Baru Lunar.


Ia juga mempunyai motif abstrak dalam bentuk awan yang secara kolektif menggariskan bentuk reptilia, di mana logo EA Sports dan La Liga menghiasi ruang rekreasi itu.  


Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Samdin, yang menghadiri pelancaran itu berkata bahawa keghairahan terhadap bola sepak dan sukan telah menghimpunkan masyarakat di Cheng San-Seletar, dan memberi inspirasi kepada belia. 

“Kami gembira atas kerjasama ini dalam semangat memberi peluang yang adil untuk semua serta menyokong bakat tempatan. 

“Bakat Tobyato benar-benar memberi kami sebuah gelanggang yang telah diubah suai dengan indah dan pasukan La Liga bersama-sama dengan Mendieta membawa kemeriahan di kawasan ini.

“Kami berterima kasih kerana berpeluang melibatkan para penduduk kami dalam aktiviti permulaan yang menarik bagi cuti sekolah ini,” kata beliau.     

Encik James Salmon, Pengarah Kanan (Pemasaran) di EA Sports pula berkata bahawa FC Futures dan EA Sports FC memainkan peranan untuk melabur dalam masa depan bola sepak di mana golongan muda disediakan dengan alat yang mereka perlukan bagi memberi kesan positif permainan mereka serta mengejar impian mereka.


“Visi kami adalah untuk memberi inspirasi di dunia untuk mencintai bola sepak dan misi kami adalah untuk meningkatkan akses kepada sukan. 

“Perkongsian dan pelaburan kami yang berterusan di samping La Liga ialah satu lagi langkah ke arah ini, “kata beliau.   

Encik Jorge de la Vega, Pengarah Eksekutif La Liga pula berkata bahawa ia adalah satu peluang untuk memberi kembali kepada masyarakat apa yang masyarakat telah memberikan kepada La Liga. – RABIATUL ADAWIYA BINHAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >