Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelapkan wang lebih $200,000, pengetua pusat penjagaan kanak-kanak dipenjara

Jun 15, 2020 | 5:14 PM
Bekas pengetua di Learning Vision Sunshine Place, Salina Abd Samat, dijatuhkan hukuman penjara setahun dan 10 bulan. - Foto KELVIN CHNG
Bekas pengetua di Learning Vision Sunshine Place, Salina Abd Samat, dijatuhkan hukuman penjara setahun dan 10 bulan. - Foto KELVIN CHNG -

SEORANG bekas pengetua pusat penjagaan kanak-kanak yang menggelapkan wang lebih $200,000 telah dikenakan hukuman penjara setahun dan 10 bulan pada Isnin (15 Jun).

Salina Abd Samat, 38 tahun, mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pecah amanah pada 2015 dan 2017 melibatkan wang berjumlah $120,199.40, lapor The Straits Times.

Dua tuduhan serupa diambil dalam pertimbangan oleh Hakim Mahkamah Daerah Teoh Ai Lin semasa menjatuhkan hukuman.

Salina merupakan pengetua Learning Vision Sunshine Place, sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di Blok 476, Choa Chu Kang Avenue 3, semasa dia melakukan kesalahan tersebut.

Dia sudahpun berhenti bekerja untuk Learning Vision @ Work, syarikat yang mengendalikan pusat penjagaan kanak-kanak itu.

Sebagai pengetua, tanggungjawab Salina termasuk mendaftarkan pendaftaran baru kanak-kanak dalam pengkalan data kewangan syarikat dan sistem Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (EDCA).

Dia juga bertanggungjawab mengutip wang bagi pelbagai bayaran dan yuran seperti yuran pendaftaran kanak-kanak dan bayaran mengambil gambar kelas bagi pihak syarikat.

Namun, Salina menggelapkan wang yang dibayar itu dan menggunakannya bagi membayar bil dan perbelanjaan peribadinya.

Mahkamah diberitahu dia menggelapkan wang sejumlah $218,552.10 termasuk yuran bagi 79 kanak-kanak antara Ogos 2014 dan Jun 2017.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg