Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Gelombang Covid-19 berakhir, pesakit masuk hospital dan ICU kurang mendadak

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gelombang Covid-19 berakhir, pesakit masuk hospital dan ICU kurang mendadak

Jan 04, 2024 | 08:39 PM



Bilangan pesakit Covid-19 yang dimasukkan ke hospital dan unit penjagaan rapi (ICU) di Singapura berkurangan mendadak minggu lalu, petanda pasti gelombang semasa penyakit itu telah reda, walaupun jumlah jangkitan masih tinggi.

“Saya fikir kita boleh berasa yakin gelombang Covid-19 telah tamat secara semula jadi sedang jumlahnya menghampiri garis dasar asekali lagi,” kata Profesor Dale Fisher, perunding kanan penyakit berjangkit di Hospital Universiti Nasional.

Jumlah 496 pesakit yang dimasukkan ke hospital pada minggu 24 hingga 30 Disember adalah penurunan besar berbanding 864 orang pada minggu sebelumnya.

Begitu juga 13 orang yang memerlukan rawatan rapi pada minggu terakhir Disember adalah kurang 10 daripada 23 orang pada minggu sebelumnya.

Gelombang Covid-19 memuncak pada minggu 10 hingga 16 Disember, dengan anggaran 58,300 orang dijangkiti, lapor The Straits Times.


Pada minggu itu, 965 orang dimasukkan ke hospital, dengan 32 pesakit ditempatkan di ICU.

Dr Asok Kurup, seorang pakar penyakit berjangkit klinik swasta, memberi amaran bahawa mereka yang pulang dari cuti akhir tahun boleh meningkatkan jangkitan, tetapi Profesor Alex Cook, naib dekan penyelidikan di Sekolah Kesihatan Awam NUS Saw Swee Hock, tidak bersetuju.

Beliau berkata gelombang baru-baru ini “bermakna terdapat imuniti mencukupi dalam populasi secara keseluruhan hingga varian (Covid-19) semasa tidak dapat mengekalkan dirinya”.

“Jadi, meskipun mereka yang baru pulang daripada bercuti sakit, mereka tidak akan memulakan satu lagi gelombang kecuali mereka membawa varian baru yang boleh memintas corak imuniti yang kita ada pada masa ini,” tambahnya.

Bilangan orang yang perlu dimasukkan ke hospital atau memerlukan rawatan rapi adalah petunjuk yang lebih dipercayai mengenai keterukan gelombang jangkitan. 

Ini kerana, dengan penyakit itu endemik, tiada laporan diperlukan, jadi bilangan jangkitan hanya mencerminkan mereka yang mendapatkan rawatan perubatan.

Profesor Fisher berkata gelombang sedemikian boleh dijangka pada masa hadapan “apabila imuniti kita berkurangan dan virus itu terus berkembang dengan mutasi kecil”. 

Namun, terlalu awal untuk mengatakan sama ada jangkitan itu akan bermusim, seperti influenza.

Kementerian Kesihatan (MOH) mula menyediakan maklumat terkini jangkitan Covid-19 pada 19 Disember, ketika jumlah jangkitan tinggi. 

Ia menyediakan purata bergerak tujuh hari berdasarkan data lima hari, memandangkan ia datang terutamanya daripada poliklinik, yang ditutup pada hujung minggu.

Tetapi ketepatan angka tersebut terjejas oleh dua cuti umum – Krismas dan Hari Tahun Baru – kerana ia menghasilkan data empat hari, bukannya lima, sepanjang tempoh tujuh hari.

Angka itu kini berjumlah 2,600 jangkitan sehari, berbanding paras tertinggi 7,870 pada 12 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >