Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gelombang udara 3G bakal dilelong

Jul 28, 2021 | 5:30 AM
MASIH DILANGGAN: Ada sekitar 700,000 langganan 3G di sini hingga April lalu, dengan lebih 1.5 juta alat bimbit masih bergantug pada rangkaian itu. - Foto fail
MASIH DILANGGAN: Ada sekitar 700,000 langganan 3G di sini hingga April lalu, dengan lebih 1.5 juta alat bimbit masih bergantug pada rangkaian itu. - Foto fail -

GELOMBANG udara bagi khidmat mobil 3G di Singapura akan dilelong, berdasarkan usul oleh pengawal sektor itu untuk merangsang khidmat 5G, yang pada masa ini terhad.

Lelong itu, dijangka diadakan menjelang akhir tahun ini, datang sedang hak menggunakan jalur 2.5 Ghz, yang pada masa ini digunakan bagi khidmat 3G, luput pada akhir tahun ini.

Penguasa Pembangunan Infokom dan Media (IMDA) berharap ini akan merangsang penggunaan isyarat 5G di serata Singapura untuk menyokong pelancara alat generasi selanjutya, iaitu alat permainan bimbit dan kenderaan tanpa pemandu.

Dalam satu kenyataannya kelmarin, IMDA berkata: "Jalur spektrum 2.1 Ghz mempunyai ciri penyebaran baik, menjadikannya sesuai bagi meliputi kawasan luas untuk 5G."

Juga, jalur 2.1 Ghz itu akan menambah kepada liputan 5G dalam bangunan dan di bawah tanah, kerana prasarana yang kini ada di kawasan ini boleh digunakan semula bagi 5G.

Semua empat telko - Singtel, StarHub, M1 dan TGP Telecom - boleh membida bagi gelombang udara itu.

Harga yang diusul ialah $10 juta hingga $15 juta bagi setiap satu daripada 12 pasangan lot gelombang udara yang ditawarkan.

IMDA juga sedang meminta pandangan awam dan industri mengenai usulnya, melalui proses rundingan yang dibuka hingga 12 tengah hari pada 16 Ogos.

Ia juga sedang memohon pandangan daripada pengguna baru mengenai jalur 2.1 Ghz, yang kian digunakan untuk menyokong pelaksanaan 5G di negara seperti Jerman, Hong Kong dan Britain.

Meskipun diperuntuk bagi kegunaan baru, sebahagian jalur 2.1 Ghz akan diketepikan untuk membolehkan khidmat 3G diteruskan di Singapura.

Buat masa ini, dianggarkan ada sekitar 700,000 langganan 3G di sini hingga April lalu.

Ini hampir 8 peratus semua langganan alat bimbit, dengan lebih 1.5 juta alat bimbit masih bergantug pada rangkaian 3G.

"Pengguna terjejas termasuk warga emas, pekerja asing, pengendali pengangkutan dan pertubuhan jagaan kesihatan," kata IMDA, yang berkata ramai pelancong dan pelawat ke sini bagi tujuan perniagaan menggunaan alat hubungan 3G.

Teknologi 5G yang canggih menjanjikan kelajuan menggunakan Internet hingga 20 ganda lebih pantas berbanding rangkaian 4G dan keupayaan menghubungkan lagi 1,000 kali lebih banyak alat.

Sebagai contoh, video 3Gb yang boleh ditonton selama sejam hanya memerlukan masa 40 saat untuk dimuat turun menggunakan rangkaian 5G.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg