Premium
Gembira anak dapat bantuan ETF buat kali kedua
Nov 25, 2018 | 5:30 AM
RINGANKAN BEBAN: Encik Mohd Hijazi Masderbari dan isteri, Cik Noor Susilawati Mohd Sanosi, lega dengan bantuan baucar Skim Bantuan Sekolah, Dana Amanah Pendidikan (ETF), yang diterima anak bongsu mereka, Muhd Rizq Wildan (hadapan kiri). Bersama mereka anak sulung, Rifqi. - Foto BM oleh ALPHONSUS CHERN -
SEBAGAI pencari nafkah tunggal keluarga, terasa berat bahu Encik Mohd Hijazi Masderbari memikul amanah membiaya keperluan sekolah anakanak yang kian membesar.
Namun, teknisyen berusia 38 tahun itu bernasib baik kerana diberi bantuan Dana Amanah Pendidikan (ETF) buat persekolahan anak bongsunya, Muhd Rizq Wildan, lima tahun.

