Premium
Gembira dapat terus jadi 'guru' memandu
Baru-baru ini, polis mengumumkan langkah menaikkan had usia lanjut bagi instruktor memandu daripada 70 kepada 75 tahun mulai 1 Januari 2017.Dengan semakan itu, instruktor memandu yang berusia 70 tahun ke atas boleh terus mengajar memandu sehingga mereka mencapai usia 75 tahun dengan syarat mereka lulus pemeriksaan kesihatan yang perlu dijalani setiap tahun. Langkah itu disambut baik sesetengah instruktor yang gembira mereka boleh berkhidmat lebih lama manakala ada pula yang berkata pengalaman luas instruktor "yang lebih lama makan garam" juga bermanfaat bagi pelajar. ERVINA MOHD JAMIL (ervinamj@sph.com.sg) melaporkan.
Jan 2, 2017 | 5:30 AM
DAPAT BERKHIDMAT LEBIH LAMA: Encik Yunos yang bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-60 April ini gembira dapat berkhidmat sebagai instruktor memandu lebih lama menyusuli langkah menaikkan had usia lanjut instruktor memandu daripada 70 kepada 75 tahun. - Foto JOHARI RAHMAT -
BELIAU bakal menyambut ulang tahunnya yang ke-60 April ini dan telah mula merancang bagi persaraannya kerana sebelum ini (sebelum 1 Jan 2017) had usia bagi instruktor memandu ialah 70 tahun.
Namun, langkah menaikkan had usia lanjut bagi instruktor memandu daripada 70 kepada 75 tahun mulai 1 Januari 2017 adalah berita gembira bagi Encik Mohamed Yunos Haji Ahmad yang menawarkan khidmat sebagai instruktor memandu swasta.

