Gembira dapat terus jumpa pengurus kanan jika hadapi masalah kerja
Premium
Gembira dapat terus jumpa pengurus kanan jika hadapi masalah kerja
Jan 30, 2019 | 5:30 AM
RASA DIHARGAI: Encik Mohamed Feroz (kanan), bersama Encik Choo, rasa gembira ke kerja setiap hari kerana tahu majikannya menganggap sumbangan dan pandangannya penting. - Foto BH oleh MARK CHEONG -
APABILA beliau menghadapi masalah, Encik Mohamed Feroz Kassim kadangkala akan terus berjumpa pengurus kanan di tempat kerjanya.
Meskipun pekerja lazimnya berbincang dengan pengurus yang bertanggungjawab ke atas mereka secara langsung dahulu sebelum merujuk kepada pengurus atasan, pekerja penghantaran FedEx itu berkata perbuatannya tidak pernah dianggap salah oleh majikannya.

