Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Premium

Gembira kerjaya fisioterapi dapat bantu orang lain

Feb 14, 2019 | 5:30 AM
PERLUAS KHIDMAT FISIOTERAPI: Encik Muhammad Fadhli Mohamad Hussein (atas) membuka klinik fisioterapi The Rehab Lab SG Pte Ltd di Kelab Perkhidmatan Awam@Tessensohn bagi membolehkannya menebar bantuan kepada lebih ramai golongan memerlukan termasuk jemaah haji dan umrah. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER
PERLUAS KHIDMAT FISIOTERAPI: Encik Muhammad Fadhli Mohamad Hussein (atas) membuka klinik fisioterapi The Rehab Lab SG Pte Ltd di Kelab Perkhidmatan Awam@Tessensohn bagi membolehkannya menebar bantuan kepada lebih ramai golongan memerlukan termasuk jemaah haji dan umrah. - Foto BH oleh ZALEHA ABDUL KADER -

Nikmat membantu lebih ramai orang dengan masalah postur dan ergonomi, kecederaan dalam sukan atau kemalangan serta terjejasnya pergerakan dapat dirasakan dua ahli fisioterapi berikut. Mereka yang membuka klinik fisioterapi sendiri baru-baru ini ingin memperluas khidmat rawatan pencegahan yang sering diabaikan olahragawan atau pekerja pejabat. Sabtu lalu, Program Penukaran Profesional (PCP) bagi Ahli Fisioterapi yang dipercepatkan tempoh pengajian ijazahnya daripada empat tahun kepada kurang daripada tiga tahun, pula diumumkan Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Amy Khor. Mulai September ini, individu pertengahan kerjaya dengan kelulusan ijazah sains senaman dan sukan, sains hayat atau sains bioperubatan boleh mengikuti PCP di Institut Teknologi Singapura (SIT). Wartawan HARYANI ISMAIL (haryani@sph.com.sg) melaporkan peluang keemasan yang dapat diraih dalam bidang fisioterapi.

DI kala Encik Muhammad Fadhli Mohamad Hussein buntu memikirkan arah tujunya selepas tamat peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A' dan gagal diterima ke universiti tempatan, terbuka hatinya bagi memburu Diploma Fisioterapi di Politeknik Nanyang (NYP).

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg