Gempa bumi sekuat 5.8 landa dekat Wellington, New Zealand
Gempa bumi sekuat 5.8 landa dekat Wellington, New Zealand
May 25, 2020 | 11:44 AM
GEMPA BUMI: Pihak berkuasa berkata, tiada kerosakan yang dilaporkan serta merta. - FOTO: US GEOLOGICAL SURVEY -
WELLINGTON - New Zealand dilanda gempa bumi sekuat 5.8, pada Isnin (25 Mei), yang berlaku berdekatan ibu kotanya, Wellington.
Menurut Geonet, pusat gempa bumi itu dikesan 30 kilometer utara timur dari bandar Levin, Pulau Utara New Zealand, berdekatan Wellington, dan ia mempunyai kedalaman sejauh 37 kilometer.
Gempa susulan sekuat 3.5, 3.6 dan 3.7 turut berlaku.
Perkhidmatan darurat di bandar Wellington berkata, tiada kerosakan yang dilaporkan dengan serta merta. - Reuters

