Premium
Gemuk: Lebih ramai pilih pembedahan kecilkan perut
Jul 3, 2017 | 5:30 AM
LEBIH KURUS, LEBIH SIHAT: Cik Zubaidah Hassan Basri (tengah) dapat mengurangkan berat badannya selepas menjalani pembedahan 'Laparoscopic sleeve gastrectomy' (LSG). Duduk di kanan ialah Dr Asim Shabbir - Pengarah, Perkhidmatan Klinikal di Jabatan Pembedahan NUH. - Foto M.O. SALLEH -
LEBIH ramai pesakit Melayu/Islam yang mengalami masalah kegemukan kini memilih menjalani pembedahan bariatrik iaitu sejenis operasi bagi mengecilkan perut untuk menurunkan berat badan.
Langkah itu diambil bagi mengurangkan kesan sampingan daripada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan tahap kolesterol yang tinggi.

