Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gen-G BH temui pengunjung simposium

Aug 16, 2018 | 5:30 AM
INTERAKTIF: Akhbar pelajar 'Berita Harian' 'Gen-G' kembali menyerikan Simposium Bahasa Ibunda. Gambar tahun lalu ini memaparkan koresponden BH dan editor 'Gen-G' Nur Adilah Mahbob (kiri, bertudung hitam), dan koresponden Atiyyah Mohd Said (kanan) mengendalikan sesi kegiatan di reruai. - Foto BH oleh IRMA KAMARUDIN
INTERAKTIF: Akhbar pelajar 'Berita Harian' 'Gen-G' kembali menyerikan Simposium Bahasa Ibunda. Gambar tahun lalu ini memaparkan koresponden BH dan editor 'Gen-G' Nur Adilah Mahbob (kiri, bertudung hitam), dan koresponden Atiyyah Mohd Said (kanan) mengendalikan sesi kegiatan di reruai. - Foto BH oleh IRMA KAMARUDIN -

AYUH kunjungi reruai akhbar pelajar Berita Harian, Gen-G, di Simposium Bahasa Ibunda (MTLS) Sabtu ini.

Ibu bapa dan anak berpeluang menyertai kegiatan menarik melibatkan penggunaan bahasa Melayu.

Akhbar Gen-G, singkatan bagi Generasi Geliga, diasaskan pada 2010.

Tahun ini, reruai Gen-G menampilkan dua permainan yang mengajak kanak-kanak mengenali nama barang dan makanan yang sering digunakan dalam kehidupan harian.

Kanak-kanak perlu memadankan kad pada barang.

Mereka misalnya perlu memadankan perkataan "serai", "kentang", "halia" dan "mangga" dengan buah atau sayur yang betul.

Satu lagi kegiatan adalah mengongsi proses pembuatan permainan tradisional seperti seremban.

Kanak-kanak boleh mempelajari nama bahan yang digunakan seperti "kain", "benang" dan "beras".

Editor Gen-G dan koresponden Berita Harian, Cik Nur Adilah Mahbob, berharap kegiatan itu mampu memupuk minat bahasa Melayu dalam jiwa anak muda.

"Kami percaya usaha memupuk minat baca bahan bahasa Melayu harus bermula daripada peringkat awal.

"Inilah yang cuba kami lakukan menerusi akhbar Gen-G, yang disasarkan kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah," katanya.

Orang ramai boleh mengetahui lebih lanjut tentang Gen-G diperbaharui.

Kandungan baru, termasuk berita belia dan sekolah serta halaman karya pelajar, dimuatkan dalam Gen-G.

Maklumat lanjut tentang kegiatan Gen-G seperti bengkel kewartawanan dan kem boleh didapatkan di reruai.

Orang ramai juga boleh mendapatkan senaskhah akhbar Gen-G dan cenderahati eksklusif Berita Harian selagi bekalan ada.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg