Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Generasi Merdeka dirai di acara penghargaan

Feb 2, 2019 | 5:22 PM
HARGAI SUMBANGAN GENERASI MERDEKA: Encik Lee di satu majlis penghargaan yang dihadir sekitar 200 anggota Generasi Merdeka di Taman Di Pesisiran pada 2 Februari 2019.
HARGAI SUMBANGAN GENERASI MERDEKA: Encik Lee di satu majlis penghargaan yang dihadir sekitar 200 anggota Generasi Merdeka di Taman Di Pesisiran pada 2 Februari 2019. - Foto Ng Sor Luan

WARGA Singapura yang dilahirkan pada 1949 atau lebih awal dan terlepas meraih manfaat Pakej Generasi Perintis, namun mendapat kerakyatan sehingga 1996,akan layak menerima Pakej Generasi Merdeka, yang boleh membantu keperluan penjagaan kesihatan golongan itu.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan demikian hari ini (2 Februari).

Golongan ini serta warga Singapura yang berusia antara 60 dengan 69 tahun tahun ini akan meraih manfaat daripada Pakej Generasi Merdeka itu yang akan membantu dengan perbelanjaan perubatan mereka sedang mereka meniti usia persaraan.

Menteri Kewangan Heng Swee Keat dan Menteri Kesihatan Gan Kim Yong akan mengumumkan perincian Pakej Generasi Merdeka itu apabila Kenyataan Belanjawan dibentang di Parlimen pada 18 Februari nanti.

Encik Lee berkata demikian semasa berucap di satu majlis penghargaan yang dihadir sekitar 200 anggota Generasi Merdeka di Taman Di Pesisiran.

Seperti Pakej Generasi Perintis yang diberikan pada 2014 kepada mereka yang dilahirkan pada 1949 atau lebih awal, Pakej Generasi Merdeka juga akan menawarkan subsidi bagi jagaan pesakit luar, tokokan Medisave serta bayaran bagi jagaan jangka panjang dan subsidi premium MediShield Life.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg