Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Generasi milenial berani teroka isu luar zon selesa

Feb 25, 2018 | 5:30 AM
MILENIAL DENGAN MISI KEMASYARAKATAN: Mahasiswa NTU, Cik Nurul Atikah (dua dari kiri) dan Cik Nur Humaira (tiga dari kiri) gagahi cabaran menghasilkan dokumentari 'Living In Chains' tentang rumah pasung di Indonesia bersama dua rakan mereka, Encik Kannan Vijakumar (kiri) dan Cik Chia Chai Yun, di atas keinginan meninjau budaya tidak berperi kemanusiaan yang masih terus diamalkan di desa terpencil. - Foto THE CHAIN FILMS
MILENIAL DENGAN MISI KEMASYARAKATAN: Mahasiswa NTU, Cik Nurul Atikah (dua dari kiri) dan Cik Nur Humaira (tiga dari kiri) gagahi cabaran menghasilkan dokumentari 'Living In Chains' tentang rumah pasung di Indonesia bersama dua rakan mereka, Encik Kannan Vijakumar (kiri) dan Cik Chia Chai Yun, di atas keinginan meninjau budaya tidak berperi kemanusiaan yang masih terus diamalkan di desa terpencil. - Foto THE CHAIN FILMS -

MAHASISWA tahun akhir Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Cik Nur Humaira Sajat dan Cik Nurul Atikah Hasimen, dapat membayangkan perjalanan penuh onak duri apabila mengusulkan projek dokumentari tentang rumah pasung di Indonesia, Living In Chains.

Namun, seberat mana pun ujian yang ditangani tatkala mengembara ke desa terpencil sekitar Cilacep dan Brebes di Jawa Tengah bagi menemui pesakit mental yang dipasung serta perawat tradisional yang menangani kes mereka, pengalaman membuka mata itu sukar dicari ganti.

Cik Nur Humaira dan Cik Nurul Atikah, kededuanya 23 tahun, adalah antara belia generasi milenial yang kian berani meneroka di luar zon selesa demi projek tahun akhir mereka.

Mereka hanya ingin memastikan projek tahun akhir mereka 'berisi', berpengaruh dan menjana kesan kemasyarakatan yang sampai ke hati ramai.

"Kami bukanlah generasi strawberi yang hanya tertumpu pada media sosial 24 jam dan tidak peka pada keperluan masyarakat di luar Singapura.

"Daripada setakat menatap foto memilukan tentang pesakit mental yang dipasung, kami ingin mencari jawapan tentang budaya pasung yang masih berleluasa," jelas Cik Nur Humaira.

Sewaktu dihubungi Berita Minggu, beberapa pensyarah kursus media akur pelajar milenial kian berani menjelajah topik berat atau terlarang.

"Mengembara, mengurus logistik dan peralatan filem, mengupas budaya asing dan larangannya serta mewawancara golongan yang sukar didekati akan membuatkan pelajar lebih mampu membangun intelek dan bersemangat.

"Di akhirnya, kami berharap pengalaman baru ini ibarat kompas yang membantu mereka mengemudi cabaran dunia luar," jelas pengurus kursus Diploma Filem dan Televisyen Digital, Politeknik Temasek (TP), Cik Gail Goodenough.

Laporan lanjut:

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg