Topik diikuti
Pergi ke BHkuGenerasi SAF seterusnya akan manfaatkan aset baru, teknologi bijak
Premium
Generasi SAF seterusnya akan manfaatkan aset baru, teknologi bijak
Generasi SAF seterusnya akan manfaatkan aset baru, teknologi bijak
PERTAHANAN MASA DEPAN:Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, bercakap dengan pihak media sempena Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) hari ini. Beliau menerangkan langkah yang bakal diambil bagi peningkatan aset dan penggunaan teknologi bagi menjadikan angkatan tentera lebih 'bijak'. - Foto BM oleh NG SOR LUAN -
Jul 1, 2018 | 5:30 AM
GENERASI Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang seterusnya akan memanfaatkan teknologi bijak serta aset baru yang lebih berupaya dalam melindungi negara ini daripada pelbagai ancaman dalam era pasca-2030, kata Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.
Dalam satu wawancara bersama media sempena Hari SAF hari ini, Dr Ng berkata meskipun SAF berdepan dengan cabaran masa depan seperti pengurangan kakitangan, ia "akan melakukan lebih banyak walaupun mempunyai kurang (orang)".
