SATU kempen mengenang jasa mereka yang bertungkus-lumus menentang wabak Covid-19 telah dilancarkan semalam oleh Gerakan Berbudi Singapura.

Diberi nama 'Our Covid-19 Heroes', kempen dua bahagian itu merangkumi video penghormatan dalam talian dan poster yang dipasang di stesen-stesen bas di serata negara yang mengetengahkan warga Singapura dari pelbagai latar belakang serta pekerja penting daripada pelbagai industri.