Topic followed successfully
Go to BHkuGerakan buruh usaha elak pekerja dibuang seberapa boleh
Premium
Gerakan buruh usaha elak pekerja dibuang seberapa boleh
Isu-isu berkaitan pekerjaan, bantuan untuk pekerja dan peluang baru masa depan telah dikupas dalam satu sesi Facebook Live Berita Harian bertajuk 'Menangani Krisis dan Kemelesetan' bersama dengan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng, kelmarin. Turut hadir dalam perbincangan itu ialah Encik Sazali Zainal, anggota Jawatankuasa Pusat NTUC dan Presiden Kesatuan Pekerja Perindustrian dan Perkhidmatan Singapura (Siseu). Pekerja dinasihati supaya bersikap terbuka kepada peningkatan kemahiran dan sedia cari peluang baru
Aug 15, 2020 | 5:30 AM
Gerakan buruh usaha elak pekerja dibuang seberapa boleh
SESI FB LIVE: Para tetamu undangan FB Live Berita Harian, (dari kanan, barisan atas, ikut putaran jam) Encik Ng Chee Meng, Encik Sazali Zainal serta hos bersama Cik Atiyyah Mohd Said dan Encik Suhaimi Yusof, membincangkan antara lain tentang peluang pekerjaan serta peranan kesatuan sekerja di tengah-tengah kemelesetan ekonomi dan krisis Covid-19 - Foto BH oleh SITI AISYAH NORDIN -
GERAKAN buruh akan melakukan yang terbaik untuk bekerjasama dengan syarikat dalam melindungi pekerjaan dan mengelak pembuangan kerja seberapa boleh, kata Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Ng Chee Meng.
Tetapi sedang lebih banyak syarikat menghadapi cabaran lebih mencengkam, pekerja, khususnya dalam bidang penerbangan dan aeroangkasa, harus bersedia menghadapi lebih banyak pemberhentian kerja dalam masa enam hingga 12 bulan mendatang.

