Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Gerakan pertingkat kebersihan, jauhi virus di kedai kopi

Feb 22, 2020 | 2:09 PM
TINGKAT KEBERSIHAN: (Dari kiri) Pemilik bersama sebuah gerai bercakap dengan Anggota Parlimen GRC Nee Soon South Lee Bee Wah, bersama pengerusi GHK Holdings Goh Hung Kwang dan pengerusi PHC Edward D'Silva di kedai kopi GHK di Yishun Street 81.
TINGKAT KEBERSIHAN: (Dari kiri) Pemilik bersama sebuah gerai bercakap dengan Anggota Parlimen GRC Nee Soon South Lee Bee Wah, bersama pengerusi GHK Holdings Goh Hung Kwang dan pengerusi PHC Edward D'Silva di kedai kopi GHK di Yishun Street 81. - Foto LIM YAOHUI

SEDANG penularan koronavirus berterusan di Singapura, beberapa pengendali makanan dan minuman di serata negara juga memainkan peranan meningkatkan amalan kebersihan mereka bagi mengurangkan kemungkinan jangkitan.

Kedai kopi GHK @ Khatib di Yishun misalnya telah menambah jumlah pekerja pembersihan bagi setiap syif - seramai tiga pekerja berbanding dua sebelum ini.

Pekerja juga diberi sarung tangan getah untuk dipakai sementara tandas lebih kerap dibersihkan dan dilengkapi dengan kertas tandas, tisu dan sabun yang mencukupi.

Menurut pengerusi GHK Holdings, Encik Goh Hung Kwang, mereka tidak boleh membiarkan tahap kebersihan merosot.

"Kalau kami tidak amalkan tabiat kebersihan yang baik ini, apa yang akan berlaku kalau ada orang yang jatuh sakit di sini nanti?" ujarnya. GHK mempunyai 11 kedai kopi di serata Singapura.

GHK @ Khatib, di Blok 848 Yishun Street 81, disifatkan sebagai contoh yang baik oleh Majlis Kebersihan Awam (PHC) yang melancarkan satu usaha baru untuk menggalak kebersihan hari ini (22 Feb).

Dinamakan 'Keep Viruses At Bay', ia bertujuan menggalak pengendali meningkatkan rejim kebersihan mereka dan menggesa orang ramai mengamalkan kebersihan lebih baik.

Daya usaha itu kini lebih tertumpu kepada kedai kopi namun akan dikembangkan kepada tempat lain yang dikunjungi ramai orang termasuk hotel dan pusat beli-belah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg