Gerakan ungu raikan inklusiviti, golongan keperluan khas
Premium
Gerakan ungu raikan inklusiviti, golongan keperluan khas
Oct 16, 2018 | 5:30 AM
- Foto BH oleh ALPHONSUS CHERN -
SEKUMPULAN 30 penunggang motosikal Harley-Davidson telah melalui kawasan bandar semalam sementara beberapa bangunan di kawasan tersebut dinyalakan lampu berwarna ungu (gambar atas).
Selama dua minggu dari 12 hingga 28 Oktober, sebanyak 24 bangunan dan jambatan di sekitar Singapura bermandi cahaya ungu sebagai lambang sokongan terhadap The Purple Parade, gerakan terbesar di sini yang menyokong inklusiviti dan merai kebolehan golongan berkeperluan khas.

