Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Geran $2 juta bagi biayai daya usaha tiada pembaziran

Jan 22, 2019 | 3:04 PM
GALAK USAHA TIADA PEMBAZIRAN: Dr Khor berkata dana $2 juta itu antara lain bertujuan menggalak orang ramai tampil menganjurkan projek dan daya usaha yang dapat membantu meningkatkan usaha kitar semula di sini.
GALAK USAHA TIADA PEMBAZIRAN: Dr Khor berkata dana $2 juta itu antara lain bertujuan menggalak orang ramai tampil menganjurkan projek dan daya usaha yang dapat membantu meningkatkan usaha kitar semula di sini. - Foto CHONG JUN LIANG

ORANG ramai yang ingin memulakan daya usaha bagi menggalak usaha kitar semula dan mengurangkan pembaziran boleh memanfaatkan satu dana bernilai $2 juta mulai Februari.

Menteri Negara Kanan (Sekitaran dan Sumber Air merangkap Kesihatan), Dr Amy Khor, mengumumkan hari ini (22 Januari) bahawa dana itu boleh digunakan bagi projek yang khusus menyasarkan usaha tiada pembaziran, termasuk dari segi bungkusan, makanan serta alat elektrik dan elektronik.

Semasa melawat prasarana Sembcorp di Tuas, Dr Khor berkata geran itu bertujuan menggalak orang ramai tampil menganjurkan projek dan daya usaha yang dapat membantu meningkatkan usaha kitar semula di sini.

Tambahnya, ini merupakan antara usaha yang akan diperkenal Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sedang Singapura berusaha mencapai visi menjadi sebuah negara tanpa pembaziran.

Menurut NEA, geran itu antara lain membuka jalan bagi mencapai visi tersebut, dengan mewujudkan ekonomi pusingan, iaitu menggunakan bahan mentah yang boleh digunakan semula sepenuhnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg