Premium
Geran prasekolah Mendaki-Muis baru diperkenal
Mar 7, 2020 | 5:30 AM
RAIKAN ILMU: (Dari kiri) Encik Zaqy bersama CEO Mendaki, Cik Rahayu Buang; Presiden Halimah Yacob dan suaminya, Encik Mohamed Abdullah Alhabshee serta Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad meninjau Galeri Warisan Mendaki yang dilancarkan sempena Bulan Raikan Ilmu tahun lalu. - Foto fail -
SEBUAH geran baru akan dirintiskan dari Januari 2020 hingga Disember 2023 bagi murid prasekolah dari keluarga berpendapatan rendah.
Mengumumkan demikian semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) di Parlimen semalam, Menteri Negara (Pembangunan Negara merangkap Tenaga Manusia) Zaqy Mohamad berkata, geran yang dinamakan Geran Prasekolah Mendaki-Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) itu bertujuan memberi bantuan kewangan tambahan kepada ibu bapa bergaji rendah.

